Thursday 23 February 2012

KOTA SAIGON-Ho Chi Minh City


Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain dapat melancong dan melihat negara orang, kita juga dapat membeli belah dan menjamu selera masakan orang tempatan.  Atas faktor inilah penulis sekeluarga memilih Ho Chi Minh City untuk melancong kali ini.  Seawal jam 5.45 pagi lagi kami telah bertolak ke LCCT untuk menaiki penerbangan ke sana.  Tepat jam 9.10 pagi pesawat yang membawa penulis bersama keluarga telah berlepas ke HCM City dan telah mendarat di lapangan terbang antarabangsa HCM City lebih kurang jam 10.00 pagi waktu tempatan. Perbezaan waktu 1 jam lewat dari KL.  Anak-anak begitu teruja untuk cepat sampai ke hotel penginapan di Jalan Ly Tu Trong dan anak yang bongsu pula tidak sabar untuk membeli permainan. 

Selepas check in di Hotel Tulips di Jalan Ly Tu Trong District 1,  kami terus mencari dan melihat keadaan di Ben Thant Market yang terkenal sebagai tempat membeli belah pelancong dan jika tidak pandai tawar menawar harganya lebih kurang sama dengan KL.  Selepas penat pusing-pusing kami ke Jalan Dong Du, District 1 untuk mengisi perut di restoran Halal Saigon. Di sini kami berjumpa dengan pemiliknya dari Malaysia yang berasal dari Batang Kali Rawang, Selangor.  Semasa kami sampai beliau bersiap-siap untuk pulang ke KL.  Di HCM City hanya ada lebih kurang 7 buah restoran halal saja.  Antaranya Halal Saigon, VN Halal, Lion City Singapore, Four Season, Satay House Malaysia, D'Anjung Malaysia, Masjid Jamea (Warung belakang masjid-Tengahari saja).  Tuan punya restoran peramah-peramah belaka.  Jika hendak minum teh tarik number one in HCM city minumlah di Lion City Singapore.  Jika hendak makan yang harganya berpatutan pergilah ke D'Anjung Malaysia di Parkson Shopping Mall.

Hari Kedua kami sempat melawat tinggalan sejarah iaitu Cu Chi Turnel ( Terowong tempat persembunyian gerila Vietnam melawan tentera Amerika). Jauhnya dari HCM City 90 minit perjalanan dengan bas dengan tambang USD4.00 kalau pergi sendiri dan jika melalui hotel USD7.00 manakala bayaran masuk 80k Dong seorang. Pada sebelah malam kami ke pasar malam Ben Thant Market melihat apa yang patut. Di pasar malam Ben Thant market ini ramai peniaga muslim yang menjual pakaian muslimat & muslimah dengan harga berpatutan.

Hari Ketiga kami pergi shopping ke Cho Binh Tay Market China Town).  Di sini terdapat bermacam-macam barang yang dijual secara borong.  Berhadapan dengan Market ini terdapat banyak kedai menjual kain tudung yang belum dijahit dan juga kain seluar.  Keadaan di sini tidak terdapat di negara kita.  Pada sebelah petang pula kami ke Saigon Square dan membeli apa-apa yang patut.  Selepas makan malam kami berjalan sekitar bandar HCM City yang penuh dengan lampu-lampu dan cahaya ( lebih kurang macam i-city Shah Alam).

Hari ke empat sebelum check out kami sempat sekali lagi ke China Town (Cho Binh Tay Market) kadar sewa teksi adalah 80k ke 100k dong dan jika nak jimat naik bas nombor 1 cuma 4k dong saja.  Jam 12.00 T/hari kami check out dan makan tengahari di D'Anjung Malaysia Parkson Shopping Mall.  Jam 4.00 pm kami sudah berada di Lapangan terbang HCM City untuk pulang ke KL.   Sampai di KL jam 11.15 pm dan terus balik ke rumah.  HCM City memang seronok cuma bahasa saja yang susah untuk berkomunikasi.  Tips!!! kalau pergi kemana-mana jangan naik beca kemungkinan anda tertipu.  Gunalah perkhidmatan teksi atau bas tapi mesti tau jalan kemana kita nak pergi atau bangunan mana.