Wednesday 13 June 2012

MENARIK DI SEMPORNA, SABAH


Kesempatan ke Semporna,Sabah telah membawa saya mengenali lebih dekat suku kaum di sana. Di sekelilingnya terdapat banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dari dalam dan luar negara.  Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong adalah Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan Pualau Mataking dan Pulau Kipalai.  Pulau terbesar di daerah ini adalah Pulau Bum-bum.  Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau. Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Вajau iaitu tarian Іgal-Ιgal ,Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini.

Hasil laut yang terkenal di Semporna adalah Rumpai Laut dan Mutiara.  Semporna terkenal dengan makanan lautnya dengan harga berpatutan.  Antaranaya lobster, ketam, udang, berbagai jenis siput dan bermacam jenis ikan-ikan segar.  Tempat makan yang biasa dikunjungi seperti Dragon Inn Floating Resort dan Semporna Holiday Resort.

Di Semporna tiada masalah untuk penginapan kerana banyak hotel-hotel yang berbagai harga.  Antara hotel yang menjadi pilihan adalah Seafest, Dragon Inn Floating Resort.  Selain hotel itu terdapat juga hotel-hotel bajet disekitar bandar Semporna.  Jika anda berpeluang ke Semporna jangan ketinggalan pergi ke kampung Bangau-Bangau kerana di sini masyarakat nelayan membuat rumah atas air. Suasana petang di sini hingar bingar kerana ada pasar petang untuk penghuni atau orang luar datang untuk membeli hasil laut.

Untuk ke Semporna jika dari Kuala Lumpur anda boleh terus ke Tawau atau Lahad Datu dan sewa kereta terus ke Semporna yang mengambil masa 1 jam setengah.  Jika ada masa singgah makan SUP PAYAU (Rusa) di sebelah Airport Tawau sebelum ke Semporna.