Wednesday 22 October 2014

LAHAD DATU SELEPAS PENCEROBOHAN




Selepas hampir 2 tahun pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas dari selatan Filipina, saya berpeluang ke sana untuk satu program yang dianjurkan oleh Unit Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri.  Apa yang dapat saya lihat suasananya tidak ada perubahan ketara, kecuali ada kem askar dan kem esscomm untuk menjaga keselamatan penduduk di kawasan pantai timur Sabah.  Yang menariknya, di sini adalah tempat mula terbitnya matahari di Malaysia. Biasanya matahari fajar dapat dilihat sekitar jam 5.20 pagi terbit sayup di kawasan kg Tanduo dan kg. Tanjung Labian. Keindahan pantai bandar sahabat ini masih seperti dahulu dengan suasana pagi yang cukup mendamaikan dan nyaman sekali.

  
Di sini saya berkongsi sedikit gambar pemandangan yang sempat saya ambil.