Tuesday 28 January 2014

KUCHING SARAWAK

Untuk mengakhiri tahun 2013, penulis bersama keluarga ke Kuching Sarawak.  Kunjungan kali ini adalah istimewa kerana ibu dan ibu mertua ikut sekali dan untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin anak rakan sebilik semasa menunaikan Fardhu Haji baru-baru ini.  Cuaca pada hujung tahun ni biasalah... musim hujan dan suhu pun sejuk.  Sepanjang hari hujan, maka tempat-tempat sepatutnya dilawati tidak menjadi kenyataan.
 
Kami berlepas dari LCCT pada 27 Disember 2013 dan pulang semula ke KL pada 31 Disember 2013 iaitu malam tahun baru.  Di Kuching kami menyewa sebuah kereta Toyota Innova dan tiada aktiviti yang khusus sepanjang di sana.  Pada 28 Disember 2013 kami memenuhi undangan rakan penulis dan seawal jam 10 pagi kami telah bersiap untuk ke LUNDU dan jarak perjalanan lebih kurang 1 ke 2 jam.
 
Kami sampai di Lundu dan terus menjamah makanan kerana perutpun dah lapar.  Ini merupakan kunjungan penulis yang pertama ke daerah ini.  Kampung ini adalah kampong yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. hanya beberapa meter saja dengan CIQ Imigresen Biawak.  Kami sempat ke CIQ ini sebelum kami bergerak pulang ke Kuching.
 
 
Dalam perjalanan pulang kami singgah di pantai kg. Sematan dalam daerah Lundu.  Di sini merupakan perkampungan nelayan.  Sebelum pulang kami singgah pula di pekan Lundu dalam cuaca hujan.
 
Dari Lundu dan untuk memendekkan perjalanan kami menaiki Feri merentasi sungai melalui Felda Sempadi.  Pada jam 10.00 selepas makan malam di Pekan Satok kami tiba di hotel penginapan di Kuching.

 
 

Feri membawa kenderaan melintasi sungai

Kedai makan yang terbaik di Kuching
Taman Buaya
Tiket Masuk Taman Buaya
Kek Lapis Yang Terkenal di Sarawak
Ole-ole Ikan Terubuk Masin
Tikar Rotan Buatan Orang Ulu Sarawak