Kesempatan ke Jakarta pada awal tahun ini telah membawa saya sekeluarga melihat sekitar bandaraya Jakarta. Bandaraya ini terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya dalam bahasa Indon macet. Ini disebabkan kepadatan penduduk seramai lebihkurang 10 juta orang. Keadaan kota Jakarta yang rendah menyebabkan ia selalu banjir apabila hujan lebat.
Tempat shopping yang terkenal adalah di Jalan Mangga 2 dan Jalan Tanah Abang (Metro, Blok A,B). Di Mangga 2 pakaian siap dan elektronik manakala di Tanah Abang pakaian moden, pakaian muslimah, tudung, telekung, kain dan sebagainya. Kalau ke sini bagi wanita memang rambang mata untuk membeli. Jika untuk berniaga atau membeli secara borong memang menguntungkan kerana harganya cukup murah. Satu lagi tempat yang patut pergi jika ke Jakarta adalah di pasar cipulir yang menjual borong bagi pakaian dan kain.
Jika ke Jakarta eloklah tidur di Amaris Hotel di Thamrin City Mall. Ini kerana hotel ini selesa dan dekat dengan Jalan Tanah Abang. Boleh berjalan kaki atau naik Bajjaj tambang sekitar Rp10,000 ke Rp15,000 kena pandai tawar menawar. Tempat makan tiada masalah kerana ada Food Court di Thamrin city mall tingkat 2. Masakan yang disediakan bermacam-macam (Minang,Jawa,Sunda,Betawi dll). Jika ada lebihan duit ada juga makanan minang yang sederhana mahal di Restoran Sederhana diluar bangunan hotel. Malamnya boleh berjalan-jalan dan melihat bandarraya serta shopping di Grand Indonesia Shopping Town. Memang besar dan luas shopping complex nie.
Jika menaiki Airasia dari LCCT memang sesuai tidur di Amaris Hotel Thamrin City Mall kerana ada bas "Damri" ke Airport setiap 1 jam. Hati-hati bila kita baru sampai kerana apabila kita tanya bas, penjual tiket kata bas lambat ke Thamrin City Mall dia akan suruh kita naik bas ke Gambir. Sabar je lah bas memang ada sehingga jam 8.00 malam. Kadar tambang bas memang murah cuma Rp30,000 rupiah (RM9.00) sahaja. Bas Syarikat Damri ini memang selesa untuk ke Airport Airasia di terminal 3. Contoh tiket bas Damri
No comments:
Post a Comment