Thursday, 19 May 2011

KUALA GANDAH - Perkampungan Gajah

Jika ingin Bermesra dengan gajah,  Kuala Gandah, Lancang, Pahang adalah tempat wajib dilawati sekiranya anda ke Negeri Pahang.   Di sini pengunjung boleh menaiki , memberi makan dan mandi bersama gajah. Jika pengujung ingin tahu cara menangkap gajah, pengunjung boleh melihat tayangan video mengenai operasi tersebut. Penulis berkesempatan membawa anak-anak berkunjung ke sini.  Selepas membuat pendaftaran kami dibawa melihat kawanan gajah liar yang telah dijinakkan. Kami juga berpeluang melihat tayangan video operasi menangkap gajah sebelum menunggu persembahan gajah tepat jam 2.00 petang.  Di sini pengunjung berpeluang memberi makan gajah dengan makanan yang telah disediakan. Tidak ketinggalan anak penulis turut sama memberi makan anak-anak gajah tersebut. Tepat jam 3.00 petang kami mula beredar untuk pulang ke Shah Alam.

Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini melalui lebuhraya Karak dan keluar susur Kampung Cinta Manis manakala pengunjung dari Kuantan melalui lebuhraya LPT keluar susur Lanchang. Pengunjung boleh ke sini dengan kenderaan sendiri atau kereta sewa.  Sebelum sampai ke Kuala Gandah terdapat sebuah taman rusa dan kancil yang boleh dilawati dengan kadar bayaran masuk yang berpatutan.






  

No comments:

Post a Comment