Sunday, 30 May 2010

MEDAN OH MEDAN

27/5/10
Program ke Medan yang tidak dirancang tiba-tiba menjadi kenyataan bagi kami 5 orang. (Sam,Jaks.Min.Don and Lib). Kami bertolak dari LCCT jam 5.45 pm dan sampai 45 minit kemudian. Kami di bawa menginap di Hotel Aston Cityhall yang berhadapan dengan Merdeka Walk (ala-ala bintang walk). Makan malam kami seperti biasalah, Nasi Padang yang begitu enak sekali lagipun perut dah kosong.

28/5/10.
Selepas sarapan kami ke Pasar Ikan Lama dimana tempat ini adalah tempat tumpuan bagi yang ingin membeli untuk dibuat ole-ole. Bermacam-macam jenis kain,tudung, telekung, hiasan dalaman dll. Tidak hairanlah tempat ini menjadi tumpuan kaum wanita. Tapi awas !!!,  di sini kami di ekori oleh beberapa orang pemuda yang ingin menjual barangan mereka. Mereka akan membuat tawar menawar sehingga ada yang terpaksa membeli. Dari Pasar Ikan kami ke Masjid Medan untuk solat Jumaat. Don dan Lip mengambil pengalaman menaiki beca motor, fuhhhh dah le sempit naik 2 orang pulak tu, pemandunya bawa gile-gile kecut perut dibuatnya. Kami makan malam di My Bar Merdeka Walk. Pastu tido untuk program esoknya pulak

29/5/10
Seawal jam 6.30 pagi kami telah bersarapan dan selepas itu kami terus ke Tasik Danau Toba yang memakan masa 5 jam perjalanan. Dipertengahan jalan sebatang pokok jati telah tumbang dan menghalang lalulintas dan kami tidak dapat meneruskan perjalanan. Hampir 30 minit barulah perjalanan disambung semula. Tekakpun dah terasa dahaga maka kami singgah di pekan Siantar mencari-cari restoran makanan halal. Maklumlah di sini banyak restoran orang batak yang tidak halal. Pada mulanya hanya untuk minum, tetapi kawan seorang nie (Jaks) minta ayam kampung goreng, makanye melantaklah kami. Lepas sepinggan ke sepinggan. Fuhhhhh.......enak sekali pak. Dengan keadaan jalan yang berliku-liku, kami sampai di Tasik Danau Toba jam 1.30 petang. Terus menaiki bot/feri untuk ke Pulau Semosir dengan kadar tambang Rp20,000. Dalam perjalanan kami dihiburkan dengan nyanyian dari kanak batak yang sungguh menghiburkan. Sampai di Pulau kami diberi masa selama 1 jam untuk melawat dan membeli cenderahati. Yang peliknya kawan saya yang seorang nie asyik tido je. Dah le tido mendengkor pulak tu. Kah..........Kah..............(kutuk sikit). Walikota kami (Sam) shopping sakan weh..... satu beg penuh. Kami sampai semula ditanah besar sekitar jam 4.30 petang, supir dah sedia menunggu untuk makan tengahari di restoran padang. Jam 5.30 petang kami balik semula ke Medan yang memakan masa 5 jam lagi perjalanan. Fuhhh............... penat sungguh. Semuanya tertidur kecuali penulis dan pemandu saja. Dengkor kenkawan saya nie ibarat F1 racing, bunyi macam kejar-mengejar (macam-macam bunyi). Sampai di Medan jam 10.30 malam. Aktiviti malam tu tiada, semuanya penat.

30/5/10
Aktiviti pagi hanya untuk cari ole-ole untuk anak/isteri, Jam 1.30 petang kami check out. Kami singgah di restoran pak Amat Juanda untuk merasakan sate kerang dan Bakso power medan. Jam 3.30 petang kami terus ke Polonia Airport untuk urusan pulang ke Malaysia. Pesawat berlepas tepat jam 5.45 petang waktu Medan dan sampai di LCCT tepat jam 7.30 malam. Medan oh Medan kami tinggalkan.

No comments:

Post a Comment